Pertama.
Ini adalah entri pertama aku buat blog aku yang entah ke-berapa sebabnya aku asyik tulis dan padam. Mulanya, rasa lebih elok untuk padamkan semua itu sebab blog-blog tersebut mengandungi pelbagai memori silam yang sungguh ingin ku lupakan tetapi selepas dah dipadam secara kekal, rasa menyesal pula. Terasa juga ingin membaca semula apa yang dituliskan oleh pra-matang Fatin Izzati yang baharu nak berjinak dengan kehidupan. Bukanlah nak cakap aku sekarang sudah 100% matang tetapi tak dapat nak tipulah kalau apa yang telah aku lalui selama 21 kehidupan telah sedikit sebanyak mematangkan aku.
Jadi, hari ini, aku tak nak menulis panjang pun. I just want to get the feels, you know? Dan, Ya Allah, nostalgia sungguh, menulis jam 3 pagi sambil lagu-lagu indie bermain di corong pembesar suara komputer riba, walaupun dulu aku tak pakai komputer riba tapi curi-curi pakai PC dekat tingkat bawah siap dengan modem wifi yang berlampu biru berkerdip-kerdip apabila mengesan signal yang kuat. Sungguh, aku rindu. Andai dapat dipatah balik masa ini, aku teringin nak pergi semula -- hanya untuk melihat-lihat. Life was much easier when you are not burdened by the world's problems.
Aku akhiri entri hari ini dengan air mata yang berlinangan dan perasaan yang bercampur baur-- nostalgia sehinggakan seluruh bulu roma aku berdiri dan sel-sel dalam badan menari girang merindui waktu-waktu yang telah berlalu yang tidakku hargai; sebak kerana aku terlalu rindukan waktu lalu; gembira kerana akhirnya aku telah memaksa diri aku untuk menulis semula. Aku rindukan diri aku yang gilakan kata, sentiasa mengasah memerah otak untuk menulis-- bukan untuk tatapan orang yang akan kritik keras atas dasar polisi hak bercakap bebas, tetapi untuk hati dan otak selaras kekal jadi waras.
Sekian, nukilan kecil aku.
3.30 pagi // Cinta Tak Lama - Noh Salleh.

Comments
Post a Comment